pengelasan spektrum Harvard Pengelasan najam

Skema pengelasan satu dimensi (suhu) Harvard (berdasarkan kekuatan garis Balmer hidrogen) telah dibuat di Balai Cerap Kolej Harvard pada 1912 oleh Annie Jump Cannon dan Edward C. Pickering.[6] Kelas yang biasa lazimnya disenaraikan dari yang terpanas kepada yang tersejuk (dengan jisim, jejari dan kekilauan yang dibandingkan dengan matahari) dan diberikan seperti dalam jadual berikut.

KelasSuhuWarna konvensyenWarna ketara[7][8]Jisim
(jisim suria)
Jejari
(jejari suria)
KekilauanGaris hidrogen% dari semua Bintang Jujukan Utama[9]
O30,000–60,000 Kbirubiru64 M☉16 R☉1,400,000 L☉Sederhana~0.00003%
B10,000–30,000 Kbiru ke biru keputihanbiru keputihan18 M☉7 R☉20,000 L☉Sederhana0.13%
A7,500–10,000 Kputihputih3.1 M☉2.1 R☉40 L☉Kuat0.6%
F6,000–7,500 Kputih kekuninganputih1.7 M☉1.4 R☉6 L☉Sederhana3%
G5,000–6,000 Kkuningputih kekuningan1.1 M☉1.1 R☉1.2 L☉Lemah7.6%
K3,500–5,000 Kjinggakuning jingga0.8 M☉0.9 R☉0.4 L☉Sangat lemah12.1%
M2,000–3,500 Kmerahjingga merah0.4 M☉0.5 R☉0.04 L☉Sangat lemah76.45%
Rajah Hertzsprung-Russell

Skema ini dikembangkan pada 1900-an, oleh Annie J. Cannon dan Balai cerap Kolej Harvard. Rajah Hertzsprung-Russell mengaitkan pengelasan najam dengan magnitud mutlak, kekilauan, dan suhu permukaan. Haruslah diambil perhatian bahawa walaupun keterangan mengenai warna najam adalah tradisional dalam astronomi, tetapi ia sebenarnya menggambarkan cahaya setelah ia diselerakkan oleh atmosfera. Matahari sebenarnya bukan sebuah bintang kuning, tetapi pada asasnya mempunyai suhu warna sebuah jasad hitam bersuhu 5780K; ini merupakan jenis putih tanpa kesan kuning yang biasanya digunakan sebagai takrifan putih piawaian.

Sebab kepada penyusunan aneh abjad-abjad ini adalah bersejarah. Apabila orang pertama kali mengambil spektrum bintang-bintang, mereka menyedari bahawa bintang-bintang mempunyai kekuatan-kekuatan garis spektrum hidrogen yang sangat berbeza, oleh itu mereka mengelaskan bintang-bintang berdasarkan kekuatan garis-garis siri balmer hidrogen daripada A (paling kuat) kepada Q (paling lemah). Garis-garis spesies neutral dan terion kemudian memainkan peranan (garis-garis H&K kalsium, garis-garis D natrium dan sebagainya). Ia kemudiannya didapati bahawa setengah-setengah daripada kelas-kelas adalah sebenarnya ulangan dan kelas-kelas itu telah dimansuhkan. Hanya setelah seberapa lamanya bahawa kekuatan garis hidrogen didapati ada kaitannya dengan suhu permukaan bagi bintang itu. Kerja asas telah dilakukan oleh "para wanita" balai cerap Kolej Harvard, terutamanya Cannon dan Antonia Maury, berdasarkan hasil kerja Williamina Fleming. Kelas-kelas ini dibahagikan selanjutnya menggunakan angka Arab (0-9). A0 menandakan bintang-bintang paling panas dalam kelas A dan A9 menandakan yang paling sejuk. Matahari dikelaskan sebagai G2.

Spektrum O, B, dan A kadang kala dipanggil "spektrum awal", manakala K dan bintang-bintang M dikatakan memiliki "spektrum lewat", penamaan yang sebenarnya agak mengelirukan. Ini berpunca daripada satu teori awal abad ke-20, sekarang telah lapuk, bahawa bintang-bintang memulakan hidupnya sebagai bintang-bintang "jenis awal" paling panas, dan kemudian beransur-ansur menyejuk, dengan demikian berkembang menjadi bintang-bintang "jenis lewat". Kita kini tahu bahawa teori ini adalah salah sepenuhnya (lihat: ubahansur najam).

Rujukan

WikiPedia: Pengelasan najam http://outreach.atnf.csiro.au/education/senior/ast... http://www.ssl.berkeley.edu/~euve/sci/Resources_pu... http://adsabs.harvard.edu/abs/2002PhP.....4..370H http://www.astro.ufl.edu/~gott/AST1002/Additional_... http://www.ucm.es/info/Astrof/invest/actividad/spe... http://gallica.bnf.fr/ark:/12148/bpt6k30204/f364.t... http://gallica.bnf.fr/ark:/12148/bpt6k30204/f623.t... http://xxx.lanl.gov/PS_cache/astro-ph/pdf/0607/060... http://xxx.lanl.gov/abs/astro-ph/0408237 http://www.aas.org/publications/baas/v31n3/aas194/...